TIGA SUNGAI DI PAHANG LEPASI PARAS WASPADA

KUANTAN: Tiga sungai di Pahang membabitkan masing-masing satu di Kuantan, Jerantut dan Lipis melepasi paras waspada setakat jam 10 pagi ini.

Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai berkenaan ialah Sungai Belat di Seri Damai, di sini yang merekodkan bacaan 3.18 meter.

Ia diikuti Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut dengan 64.57 meter dan Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis (96.98 meter).

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan semalam, mengeluarkan amaran hujan tahap bahaya di lima daerah Pahang iaitu Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin sehingga Jumaat ini.

Selain itu, Cameron Highlands, Lipis, Temerloh dan Bera dijangka mengalami hujan berterusan tahap buruk manakala Raub dan Bentong pula hujan berterusan pada tahap waspada.

Sehubungan itu, penduduk yang berada di kawasan rendah terutama berhampiran sungai supaya sentiasa bersiap sedia berpindah jika paras air sungai naik dan mengikut arahan daripada pihak berkuasa.

Menurut METMalaysia, Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula bulan ini akan berterusan sehingga Mac depan.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …