ADULT dult Attention deficit hyperactivity disorder atau ADHD adalah gangguan perkembangan neurologi yang membuat seseorang kesulitan untuk berkonsentrasi, hiperaktif, dan memiliki perilaku impulsif. ADHD sering kali dianggap sebagai masalah yang hanya dialami oleh anak-anak. Malah, banyak orang dewasa juga hidup dengan keadaan ini, kebiasaannya orang dewasa yang mengalami simptom ADHD bermula dari kecil yang tidak pernah mendapatkan rawatan.
Namun, tanda-tanda dan gejala ADHD boleh terjadi dengan sendirinya saat seseorang beranjak dewasa. ADHD yang dialami oleh orang dewasa ini juga dapat mempengaruhi berbagai aspek kehidupan mereka. Memahami ADHD pada orang dewasa penting untuk mengurangi stigma dan membantu mereka mencapai potensi penuh. Gejala ADHD pada dewasa agak berbeza dengan yang dialami oleh kanak-kanak. Banyak orang dewasa berasa kesusahan dalam memusatkan perhatian, menguruskan masa, dan menyelesaikan tugasan. Mereka mungkin terlihat mudah terganggu, kesusahan dalam mengingati perkara penting, atau berasa susah untuk memikul tanggungjawab seharian. Impulsif bagi seseorang yang mempunyai gejala ini juga menjadi masalah, dan mereka juga sering membuat keputusan terburu-buru yang akan memberikan kesan negatif dalam pekerjaan atau hubungan mereka.
ADHD dapat mempengaruhi berbagai aspek kehidupan. Di tempat kerja, seseorang mungkin mengalami kesusahan dalam menyelesaikan projek, terlambat dalam menyelesaikan tugasan dalam waktu yang diberikan, atau berjuang untuk berkomunikasi secara efektif dengan rakan kerja. Dalam kehidupan peribadi, hubungan dapat terpengaruh oleh kesusahan dalam mengingat hal-hal penting atau mengawal emosi, yang sering menyebabkan ketegangan.
Walaupun kesukaran yang dihadapi amat besar, ada banyak cara untuk mengawal gejala ADHD ini. Pengubatan, seperti stimulansia atau terapi non-stimulansia dapat membantu mengurangi gejala. Selain itu, terapi perilaku kognitif (CBT) dapat memberikan individu alat untuk mengubah pola fikiran yang tidak produktif. Salah satu cara paling efektif untuk mengawal ADHD juga adalah melalui terapi perilaku. Terapi ini membantu individu memahami dan mengubah pola fikiran serta perilaku yang mungkin mengganggu kehidupan seharian. Melalui sesi dengan terapi ini, individu dapat belajar keterampilan dalam menguruskan waktu, memberikan komitmen yang penuh kepada tugasan, dan meningkatkan fokus.
Sokongan sosial sangat penting bagi individu yang mempunyai gejala ADHD. Berkongsi dan berinteraksi dengan orang-orang yang mempunyai pengalaman yang sama dapat memberikan pemahaman dan dorongan. Masyarakat juga perlu meningkatkan kesedaran tentang ADHD dewasa, sehingga stigma dapat diminimalkan. Kesimpulannya, ADHD pada dewasa adalah realiti yang sering diabaikan, tetapi pemahaman yang lebih baik dapat membantu individu menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Dengan pengubatan, melakukan terapi, dan sokongan yang tepat. Ramai orang dewasa yang mempunyai ADHD dapat mengatasi tentangan dan berjaya dalam berbagai aspek kehidupan.
Sumber: Berita Harian



