DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya telah melaksanakan Operasi Pencegahan Jenayah Bersepadu dengan penglibatan seramai 48 pegawai dan anggota dari pelbagai unit seperti BSJD, BSJND, dan Task Force Balai.
Operasi ini mencatatkan kejayaan yang signifikan dengan 25 tangkapan melibatkan pelbagai kes jenayah dan narkotik. Sebanyak tujuh rampasan dilakukan, termasuk telefon bimbit dengan aplikasi perjudian, air ketum (900ml), dan beberapa bahan lain.Butiran tangkapan menunjukkan lima kes berkaitan jenayah yang melibatkan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Tujuh lagi tangkapan berkaitan narkotik melibatkan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Antara mereka yang ditahan, terdapat beberapa individu yang dikehendaki (wanted persons).
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484