KELANTAN TERIMA RM2.8 JUTA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN

Kelantan telah menerima peruntukan RM2.8 juta melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) untuk memajukan sektor pertanian negeri.

Peruntukan ini akan digunakan untuk pembangunan tanah Agrovalley Rong Chenok di Pasir Mas termasuk pembinaan reban ayam automatik, pusat akuakultur ikan air tawar serta penambahbaikan infrastruktur pengairan.

Projek ini bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap sumber makanan yang diimport seperti ayam pedaging dari luar dan benih ikan dari negeri lain.

Projek-projek pembangunan ini akan memberi impak positif kepada pertanian dan penternakan setempat.

Selain itu, PKPNK merancang tiga lagi projek pembangunan ternakan untuk tahun 2025, termasuk ternakan lembu, ayam kampung dan ikan kerapu.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …