KKK – KRAF KOMUNITI KU@PUTRAJAYA

BAGI memperkasa penglibatan komuniti di dalam penghasilan produk kraftangan beridentitikan Putrajaya, Perbadanan Putrajaya (PPj) kini tampil memperkenal Program Kraf Komuniti Ku (KKK) sebagai salah satu inisiatif prihatin dalam usaha membantu rakyat di akar umbi.

Presiden PPj, Datuk Dr. Aminuddin Hassim ketika melancarkan program itu berkata, KKK adalah antara inisiatif prihatin PPj bagi membantu warga setempat untuk menjana pendapatan isi rumah terutamanya golongan sasar seperti suri rumah, kumpulan B40 dan orang kelainan upaya (OKU). Penganjuran edisi kedua program KKK itu merupakan hasil kerjasama strategik PPj dengan pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Berdasarkan perancangan ada dua siri program KKK akan berlangsung tahun ini. Siri pertamanya, pada 15 dan 16 Ogos 2020 adalah untuk penghasilan produk kraf yang berasaskan seni jahitan seperti topeng pelitup muka dan beg.

Manakala siri kedua pula akan diadakan pada 24 dan 25 Oktober 2020 khusus untuk penghasilan produk kraf sulaman riben. Seramai 60 peserta secara keseluruhan dijangkakan terlibat di dalam bengkel-bengkel yang diadakan. Berdasarkan rekod, pada tahun 2019, program ini berjaya menarik penyertaan lebih 50 usahawan dan lapan daripadanya telah pun berjaya menjana pendapatan tambahan.

Antara penghasilan produk kraf boleh dipelajari oleh setiap peserta yang mengikuti program KKK ini termasuk produk jahitan berbentuk soft toys, travel set, beg yang diserlahkan lagi dengan imej bangunan-bangunan indah dan jambatan ikonik Putrajaya serta produk batik berasaskan teknik ikat celup dan shibori.

Produk-produk dihasilkan ini dipasarkan melalui outlet Karyaneka di Dataran Putra, Presint 1 sebagai sebahagian cenderamata kepada pengunjung-pengunjung di Putrajaya.

Perlaksanaan program ini juga sebahagian dari inisiatif pembangunan produk kraf beridentitikan Putrajaya, makmal pengeluaran, jaminan kualiti serta pasaran produk selain kemudahan promosi yang dipantau serta dibantu rapat oleh kedua-dua agensi terlibat.

Ini secara langsung dapat menyokong hasrat PPj dalam merealisasikan objektif Community Based Tourism seterusnya mewujudkan produk berasas cenderamata beridentitikan Putrajaya yang mana diusahakan oleh komuniti setempat.

Sumber: Wilayahku

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut