EMPAT PENGUAT KUASA DIREMAN DISYAKI MINTA RASUAH

Empat penguat kuasa direman empat hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah. Perbuatan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang bagi kesalahan cukai jalan dan permit Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang telah tamat tempoh.

Perintah reman terhadap suspek bermula pada Rabu sehingga 24 November ini dikeluarkan oleh Majistret, Nurul Azuin Mohd Talhah di Mahkamah Majistret di sini. Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki berusia antara 20 hingga 40-an itu telah ditahan kira-kira jam 5 hingga 6 petang pada Selasa ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan meminta dan menerima rasuah pada 12 November lalu di Lebuhraya PLUS berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Seremban. Salah seorang suspek disyaki menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik seorang individu lain (pihak ketiga) berjumlah RM1,000.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …