MANGSA SCAMMER: RM570,00 LESAP DITIPU PELABURAN EMAS TAK WUJUD

Seorang pesara guru kerugian RM570,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan jual beli emas yang tidak wujud. Kejadian bermula pada 2021 apabila wanita berusia 59 tahun melihat kegiatan sebuah koperasi yang banyak menaja program keagamaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa memaklumkan pernah lihat koperasi berkenaan di dalam siaran televisyen dan mengetahui ia menawarkan kadar pulangan dividen pelaburan dengan kadar lapan hingga 15 peratus setahun.

Beliau berkata, situasi itu menyebabkan mangsa menjadi yakin sebelum menjadi ahli koperasi berkenaan pada 29 Disember 2021. Mangsa kemudian ditawarkan menyertai pelaburan jual beli emas yang dikatakan diuruskan oleh anak syarikat koperasi berkenaan dengan tawaran kadar pulangan keuntungan yang tinggi sehingga mendorongnya membuat bayaran modal bagi tujuan membeli emas.

 17 transaksi telah dibuat ke dalam dua akaun berbeza bermula Disember 2021 sehingga Julai 2022 membabitkan pelaburan keseluruhan sebanyak RM620,000.

Mangsa mengatakan ada menerima bayaran balik keuntungan dijanjikan berjumlah RM50,000 sahaja dalam urusan berkenaan dan tidak ada sebarang bayaran selepas itu.

Siasatan mendapati wang yang digunakan untuk pelaburan itu adalah simpanan peribadi dan wang pencen miliknya. Mangsa yang merasakan dirinya ditipu syarikat berkenaan membuat laporan di Balai Polis Gong Badak semalam. Setakat ini, PDRM menerima dua laporan polis daripada mangsa-mangsa yang mengalami kerugian selepas menyertai pelaburan yang ditawarkan koperasi berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …