OSTEX EAST 2/2024 PLATFORM UJI KESIAGAAN ARMADA TIMUR

LATIHAN: Sebahagian aset TLDM yang menyertai OSTEX EAST 2/2024.

KOTA KINABALU: Latihan Operasi Laut Timur OSTEX EAST 2/2024 yang diadakan bermula 11 sehingga 18 November lalu sebagai eksesais tahunan yang menjadi platform utama bagi menguji kecekapan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kesiagaan aset-aset di Armada Timur.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy berkata, siri eksesais kali ini dilaksanakan dengan misi menyediakan armada yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi ancaman maritim.

“Eksesais ini juga bertujuan mempertingkatkan kemahiran warga dalam aspek navigasi, ilmu kelautan dan peperangan.

KERJASAMA: Salah satu aset udara yang terlibat dalam latihan Fasa Laut.

“Umpama serampang dua mata, ia turut memperagakan kehadiran aset-aset TLDM di Zon Maritim Malaysia di samping mewujudkan, mengurus serta mengaplikasikan komunikasi taktikal dalam melaksanakan operasi maritim,” katanya.

Beliau yang merasmikan latihan OSTEX EAST 2/2024 pada 13 November lalu berkata, sebaik sahaja majlis perasmian berlangsung, pelbagai pengisian seiring latihan Fasa Pelabuhan berjaya dilaksanakan.

Katanya, ia termasuklah taklimat eksesais, perbincangan operasi di antara pegawai operasi kapal, Subject Matter Expert Exchange oleh TUDM, latihan praktikal di pelabuhan dan taklimat sebelum pelayaran.

“Fasa Laut yang juga menjadi medan latihan sebenar bagi menguji warga berlangsung pada 14 sehingga 17 November di mana lapan buah kapal TLDM terlibat iaitu Kapal Diraja (KD) Kelantan, KD Kedah, KD Selangor, KD Keris, KD Sundang, KD Badik, KD Serang dan KD Todak serta sebuah kapal selam iaitu KD Tun Razak.

“Kapal-kapal ini belayar merentasi perairan Laut China Selatan menuju ke perairan Gugusan Semarang Peninjau (GSP),” katanya.

Menurutnya, antara siri latihan utama yang dilaksanakan merangkumi siri manuvra taktis, penembakan Naval Gunfire Support (NGFS), penembakan sasaran permukaan statik, Air Defence Exercise (ADEX), Anti Submarine Warfare Exercise (ASWX), Over the Horizon Targetting (OTHT), latihan menggeledah dan mendarat, evolusi ilmu kelautan dan pendaratan helikopter di kapal.

“Di samping itu, semasa Fasa Laut juga turut melibatkan aset TUDM iaitu pesawat HAWK, pesawat EC 725 dan pesawat CN 235 yang mana kerjasama ini dapat meningkatkan tahap kesiagaan bersama antara kedua-dua perkhidmatan dalam menangani konflik maritim secara operasi bersama.

“Melalui platform latihan sebegini, TLDM dapat memastikan momentum latihan bagi Armada Timur terus kekal dan sentiasa di tahap terbaik.

“Ia juga dapat menyediakan armada yang mampu bersedia dalam menangani pelbagai situasi ancaman melibatkan kedaulatan perairan maritim selain turut menyediakan warga dalam menghadapi eksesais terbesar TLDM iaitu Eksesais KERISMAS yang dijangka akan dilaksanakan pada Febuari tahun hadapan,” katanya.

Tambahnya, eksesais OSTEX EAST akan sentiasa dilaksanakan seiring peranan TLDM ketika aman iaitu menyediakan angkatan yang kompeten dan siaga selain turut memupuk semangat warga The Navy People yang sentiasa ikhlas berjuang melindungi kedaulatan dan keselamatan maritim Malaysia.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …