SPRM PANGGIL LIMA ADUN BERHUBUNG DAKWAAN RASUAH PROJEK MINERAL DI SABAH

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah memanggil lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi siasatan melibatkan dakwaan rasuah perolehan projek mineral di negeri ini.

SPRM Putrajaya dalam kenyataan hari ini menjelaskan, SPRM Sabah menerima aduan mengenai seorang ahli perniagaan yang disyaki terbabit isu dakwaan rasuah terbabit.

Setakat ini, pihak SPRM memanggil lima ADUN Sabah berkenaan untuk dirakam percakapan, dan siasatan masih giat dijalankan.

Siasatan awal berhubung aduan itu membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa ADUN Sabah yang disyaki terlibat isu dakwaan rasuah membabitkan ahli perniagaan berkenaan.

Dalam pada itu, SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes berkenaan.

Pihak SPRM juga meminta orang ramai memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan dengan telus dan menyeluruh.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan mengenai rakaman video yang memaparkan perbualan ADUN didakwa menerima ratusan ribu ringgit bagi menyokong permohonan syarikat untuk projek di sebuah negeri.

Perbincangan dalam video itu melibatkan ahli perniagaan berkenaan yang meminta ahli politik termasuk mereka yang memegang jawatan kanan, memulangkan wang itu apabila lesen untuk projek berkenaan telah dibatalkan, bagaimanapun wajah ahli perniagaan terbabit tidak kelihatan.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …