i-WHEEL CHAIR

WALAUPUN harga kerusi roda biasa adalah sekitar RM200 hingga RM400 namun tidak semua orang mampu memilikinya.

Oleh itu, inisiatif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) memperkenalkan Program i-Wheel Chair bagi membantu golongan yang susah dan memerlukan, terutama bagi mereka yang tinggal di projek perumahan rakyat (PPR) merupakan satu rahmat bagi penghuni rancangan perumahan berkenaan.

Program i-Wheel Chair merupakan satu inisiatif bagi membantu warga Wilayah Persekutuan mendapatkan perkhidmatan kerusi roda di lokasi dalam kawasan PPR dengan lebih mudah. Kebanyakkannya penduduk membuat pinjaman kerusi roda  bagi memudahkan pergerakan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Zaizalnizam Zainun berkata pinjaman kerusi roda diberikan secara sementara atau harian mengikut waktu operasi  Mini Terminal Sejahtera (MINTS) yang terdapat di PPR. Perkhidmatan tersebut disediakan di lapan lokasi PPR terpilih iaitu Blok A PPR Kerinchi, Blok C PPR Pantai Ria, Blok F PPR Seri Cempaka dan Blok 94 PPR Kampung Limau, Blok 2 PPR Desa Tun Razak, Blok C PPR Hiliran Ampang, Blok H PPR Sungai Bonus dan Blok C PPR Kampung Baru Air Panas.

Individu yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut boleh mengisi borang di lokasi yang dinyatakan dan permohonan terbuka kepada semua yang menepati syarat serta kriteria ditetapkan.

 

Sumber: FB Yayasan Wilayah Persekutuan dan Wilayahku 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …