KETULAN EMAS PERTAMA DIKELUARKAN DI HUTAN SIMPAN KEKAL SOKOR TAKU

Kawasan hutan simpan kekal Sokor Taku, Tanah Merah, telah terbukti mengandungi mineral emas selepas penemuan ketulan emas pertama.
Kajian awal mengesan 17,100 auns emas di kawasan seluas 547 hektar yang telah diteroka selama setahun.
Penerokaan diteruskan dengan pelaburan RM50 juta untuk perlombongan, termasuk pembersihan dan penyediaan infrastruktur.
Proses ini dipantau oleh Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan serta mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA).
Sasaran pengeluaran ialah 6 hingga 12 kilogram emas sebulan, dengan rancangan meneroka kawasan tambahan seluas 1,283 hektar.
Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …