CADANGAN BINA TEMBOK SEMPADAN DI KELANTAN AKAN DIBINCANG MKN

Pembinaan tembok sempadan di kawasan Kelantan-Thailand perlu dibincangkan dan diputuskan di peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau menjelaskan bahawa cadangan pembinaan tembok tersebut sedang dibincangkan oleh polis negeri dan kerajaan Kelantan, namun keputusan akhir akan dibuat oleh MKN.

Sebagai langkah sementara, inisiatif lain seperti pemasangan gentian fiber di sepanjang 40 kilometer sempadan di Perlis dan penggunaan dron untuk pemantauan sempadan akan dilaksanakan.

Kerajaan Kelantan juga dijangka akan bertemu dengan Perdana Menteri untuk membincangkan cadangan pembinaan tembok di sempadan Malaysia-Thailand.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …