KOMPLEKS SUKAN BUKIT MERBAU DIJANGKA MAMPU PENUHI SASARAN 20,000 PENONTON

Kompleks Sukan Bukit Merbau di Selising, Pasir Puteh, dijangka dapat menampung 20,000 penonton dan dilengkapi pelbagai kemudahan sukan.

Kompleks ini akan memiliki padang bola sepak, trek olahraga, arena tertutup untuk 1,000 penonton serta gelanggang pelbagai guna.

Selain itu, antara kemudahan lain ialah stadium hoki, pusat skuasy dan lapang sasar menembak.

Pembinaan kompleks ini adalah di bawah peruntukan RM256 juta dari RMK-12 dan sedang berjalan dengan kemajuan fizikal mencapai 5.26%.

Kompleks ini dijangka menjadi lokasi utama bagi Sukan Malaysia (SUKMA) 2028.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …