PENEMUAN FOSIL HERBIVOR DINOSAUR ORNITHISCHIA PERTAMA DI MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 2014, penemuan fosil herbivor dinosaur ornithischia pertama di Malaysia diumumkan dalam satu sidang media di Kuala Lumpur. Sidang media ini dilakukan oleh para penyelidik daripada Universiti Malaya, Universiti Waseda dan Universiti Kumamoto, Jepun. Fosil gigi tersebut dipercayai milik dinosaur jenis herbivor daripada keluarga ornithischia dan ditemui di satu lokasi rahsia di Pahang pada Disember 2013. Pihak penyelidik menunggu lama sebelum membuat pengumuman ini kerana proses untuk mengenal pasti pemilik gigi berkenaan amat rumit dan memakan masa yang lama. Fosil yang ditemui itu berukuran 13 milimeter panjang dan 10.5 milimeter lebar. Ia dianggarkan berusia antara 100 juta hingga 200 juta tahun.
Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …