335 ORANG HADIR PADA PROGRAM PEKA B40: CHRISTINA

TINJAU: Christina (dua kiri) ketika membuat tinjauan pada program berkenaan.

KOTA  KINABALU: Sejumlah 335 orang telah hadir memanfaatkan program pemeriksaan kesihatan percuma Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) yang diadakan di lobi Wisma Tun Fuad Stephens di sini, pada Khamis.

Program itu dianjurkan Pusat Khismat Masyarakat Api-Api dengan kerjasama Permai Polyclinics Group.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Seri Panglima Christina Liew turut mengambil peluang untuk memeriksa tahap gula dalam dirinya.

“Saya gembira dengan maklum balas positif daripada masyarakat awam, kami di sini berkhidmat kepada rakyat.

“Saya juga dimaklumkan oleh Pengurus Besar Permai Polyclinics Group, Datuk Margaret Lim bahawa jumlah berkenaan adalah yang tertinggi setakat ini menerusi program berkenaan,” katanya.

Margaret yang mengetuai program berkenaan melaporkan 335 peserta yang hadir tetapi hanya 122 saja layak untuk membuat pemeriksaan dibawah program PeKa B40.

Bagaimanapun katanya, mereka yang tidak layak masih dapat membuat pemeriksaan tekanan darah dan saringan tahap gula dalam badan sahaja.

“Dalam program ini, terdapat tiga pesakit kita cadangkan untuk berkunjung ke klinik kesihatan awam atau swasta bagi mendapatkan rawatan lanjut mengenai tahap tekanan darah serta tahap gula yang tinggi dalam badan, seorang pesakit pula mempunyai simptom penyakit gastrik,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …