RXZ MEMBERS MELAKA: PATUHI PERATURAN, UTAMAKAN KESELAMATAN – JPJ

Ayer Keroh – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka meminta peserta Ride Edition RXZ Members Melaka Chapter 2024 pada 6 dan 7 Disember depan mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan.

Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Sharif berkata, peraturan itu bukan sahaja ketika berada di atas jalan raya, bahkan dari sudut teknikal kenderaan dan sebagainya.

Selain itu, beliau juga mengingatkan peserta atau pengunjung program tersebut agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Saya juga mengharapkan bakal-bakal peserta agar dapat memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa dalam memastikan kita dapat menyelesaikan tugas dan memastikan semua dapat bergembira sepanjang acara ini berlangsung.

“Jangan dalam kita bergembira ada yang berduka. Jadi utamakanlah keselamatan bukan hanya kepada diri sendiri tetapi juga pengguna jalan raya yang lain,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah Proton X50 Sempena Ride Edition RXZ Members Melaka Chapter 2024 yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Hotel MITC, di sini, kelmarin.

Menurut Muhammad Firdaus, JPJ Melaka tidak akan mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya peserta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

Sebelum ini, Melaka Hari Ini melaporkan Ride Edition RXZ Members Melaka Chapter 2024 yang diadakan di Dataran MITC, Ayer Keroh pada 6 dan 7 Disember akan menghiasi kalender hujung tahun pelancongan Melaka bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Himpunan itu dijangka bakal membabitkan lebih 40,000 peserta, di mana Kerajaan Negeri turut menyediakan hadiah cabutan bertuah menarik berupa sebuah kereta Proton X50, selain sebuah Yamaha RXZ klasik dan Yamaha Y15.

Sumber : Melaka Hari iIni (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …