KEINDAHAN FLORA & FAUNA DI TERENGGANU

Tahukah anda, lebih separuh keluasan Negeri Terengganu dilitupi hutan? Negeri Terengganu adalah negeri ketujuh terbesar dengan keluasan 1.296 juta ha. 52% daripadanya dilitupi tanah berhutan. Sebahagian besar daripada tanah berhutan tersebut adalah merupakan Hutan Simpanan Kekal dengan keluasan 540,308 ha dan 103,082 ha daripadanya diisytiharkan sebagai kawasan Taman Negara.

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu menyifatkan status kawasan sumber hutan itu masih relevan untuk tempoh yang lama. Dianggarkan 23.5 peratus adalah kawasan hutan perlindungan terdiri daripada pelbagai kategori seperti hutan tadahan air, hutan simpanan hidupan liar, hutan simpanan hutan dara dan sebagainya, maknanya tiada aktiviti pembalakan dan sebagainya berlaku di tempat terbabit.

Hutan Terengganu mempunyai kepelbagaian flora dan fauna. Hutan Terengganu mempunyai flora yang unik dengan spesies endemic yang banyak, iaitu endemic di Semenanjung Malaysia dan juga endemik Terengganu.

Jabatan Perhutanan telah mengenalpasti kawasan Penting tumbuhan untuk tujuan perlindungan. Program pemuliharaan tumbuhan yang efektif melalui pewujudan satu rangkaian kawasan perlindungan yang mewakili kepelbagaian dan keunikan flora Terengganu. Ini menyumbang kepada pencapaian sasaran dalam Strategi Pemuliharaan Tumbuhan Kebangsaan, Dasar Kepelbagian Biologi Kebangsaan, Matlamat Pembangunan Mampan dan juga selaras dengan Nilai Teras ketujuh dalam Dasar Keselamatan Negara iaitu berkenaan dengan Pembangunan Mampan.

 

 

 

 

 

             

Sumber : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu, Seminar Biodiversiti Terengganu 2024

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …