𝗛𝗔π—₯π—œ π—§π—˜π—₯π—•π—¨π—žπ—” π—£π—¦π—œπ—žπ—’π—Ÿπ—’π—šπ—œ 𝗗𝗔𝗑 π—”π—žπ—₯𝗔𝗕 π—£π—˜π—₯π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—§ π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—£π—¨π—Ÿπ—”π—¨ π—£π—œπ—‘π—”π—‘π—š

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Hari Terbuka Psikologi Dan Akrab Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 telah diadakan pada 12 November 2024 (Selasa) bertempat di Ruang Legar Auditorium MBSP. Tema sambutan Hari Terbuka Psikologi dan AKRAB tahun ini adalah β€˜Merekayasa Budaya Kerja’. Merekayasa budaya kerja bermakna mencipta persekitaran yang positif, inklusif dan saling menyokong. Budaya kerja yang baik akan memupuk kerjasama, komunikasi yang efektif dan rasa saling percaya antara rakan sekerja.

Pada majlis yang sama, pelbagai Reruai Perkhidmatan Psikologi ditawarkan, antaranya ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (Mentari), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Institut Latihan Perindustrian Perai (ILP), Japan Malaysia Technical Institute (JMTI), Politeknik Seberang Perai dan CUEPACS Care. Pemeriksaan kesihatan percuma dan saringan kesihatan mental turut dijalankan sepanjang program berlangsung.

Sumber : Majlis Bandaraya Seberang PeraiΒ https://www.facebook.com/mbsp.pg

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …