TAK JADI SELUDUP 13 EKOR LEMBU

Pada 1 November 2024, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu di Kampung Bukit Tandak, Rantau Panjang, Kelantan melalui Op Taring Wawasan Kelantan.

Tangkapan dilakukan sekitar jam 12.45 tengah hari setelah sebuah lori mencurigakan ditahan.

Pemeriksaan mendapati lori tersebut membawa 13 ekor lembu dengan anggaran berat lebih 7000 kg, yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah.

Dua suspek lelaki berumur 22 dan 42 tahun ditahan sebagai penghantar.

Anggaran nilai rampasan adalah RM 107,270.00.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953, dan suspek serta barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …