DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

– Seramai (45) orang yang terdiri daripada (7) orang Pegawai Kanan Polis dan (38) orang Pegawai Rendah Polis terlibat dalam Operasi Pencegahan Jenayah Bersepadu. Sebanyak (201) buah kenderaan telah diperiksa dan (4) keping saman telah dikeluarkan atas lain-lain kesalahan. Selain itu, (3) tangkapan telah dilakukan yang melibatkan (1) kes komersil dan (2) kes narkotik.
Operasi ini dilakukan adalah untuk mencegah aktiviti lumba haram dan membenteras aktiviti jenayah terutamanya di kawasan hotspot termasuk serbuan dan pemeriksaan di pusat-pusat hiburan. Selain itu juga melalui operasi ini pihak polis dapat mengesan suspek jenayah dan βwanted personβ yang masih bebas.
Salurkan maklumat sebarang kegiatan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya ditalian, 04-8664122, 0192238169 ( whatsapp) atau facebook (page) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya melalui messenger.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat DayaΒ https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484



