BELANJAWAN 2025 MEMBANTU RAKYAT DALAM MENGHADAPI KOS SARA HIDUP YANG TINGGI

Antara bantuan kewangan yang akan disalurkan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat  adalah seperti berikut:

  • Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan.
  • Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin:
  • RM250 seorang bagi anak berusia 6 tahun dan ke bawah.
  • RM200 seorang bagi anak lingkungan usia 7 hingga 18 tahun.
  • Tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga.
  • Untuk Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am dinaikkan kepada RM150 dengan kadar maksimum sekeluarga RM500 sebulan.
  • Peningkatan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM2.9 bilion.

 

  • Peningkatan tertinggi bagi STR dan SARA: RM13 bilion, memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60% penduduk dewasa negara.
  • 1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan.
  • Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025.
  • Boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.
  • Kategori bujang terima STR RM600.
  • Tambahan peruntukan RM3 bilion, kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600.
  • Peningkatan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang tertinggi pernah diberi kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.

 

  • RM250 juta disediakan bagi mengedarkan barangan keperluan asas di kawasan pedalaman dan desa.
  • RM1 bilion disediakan untuk tangani kos sara hidup dengan lebih meluas.
  • Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta.
  • RM700 juta dikhususkan untuk memperbanyakkan saluran program kos sara hidup lain bagi mengawal harga barang.
  • Pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada RM4,000.
  • Pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan perubatan sehingga RM10,000.
  • Pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara diberi secara bertempoh sehingga 31 Disember 2026, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2036.

 

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …