TOL PERCUMA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI DEEPAVALI TAHUN 2024

KERAJAAN MADANI SETUJU TOL PERCUMA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI DEEPAVALI TAHUN 2024

Pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma pada 29 dan 30 Oktober 2024 sempena sambutan Deepavali.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan hari ini memaklumkan tol percuma bakal dilaksanakan di semua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam esok hingga 11.59 malam Rabu.

Bagaimanapun, beliau berkata pengecualian itu hanya diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Johor Darul Takzim.

Kos pemberian tol percuma yang dianggarkan RM38 juta akan ditanggung oleh kerajaan dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.

Pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan teras utama kerajaan Malaysia MADANI iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat di samping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sumber: BERNAMA

#TolPercuma #Deepavali #MalaysiaMADANI

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …