KEMPEN TOLAK UBAT TIDAK SAH (TOBATS)

Kempen “TOLAK UBAT TIDAK SAH” dengan nama singkatan rasminya “TOBaTS” merupakan satu inisiatif baharu Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memerangi isu pembekalan dan penjualan ubat-ubatan yang menyalahi undang-undang di Malaysia.

Pelaksanaan kempen ini merupakan salah satu pendekatan yang telah dimasukkan sebagai strategi pertama dalam teras satu Pelan Tindakan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Tahun 2024 iaitu Pemerkasaan Aktiviti Kesedaran Dan Pencegahan Bagi Meningkatkan Pengehakupayaan (Empowerment) Awam.

Ini juga merupakan salah satu usaha Bahagian ini untuk menyokong komponen kedua Dasar Ubat Nasional (DUNas) Penggal Ke-4 (2022 – 2026) iaitu untuk memastikan ubat-ubatan dalam pasaran adalah selamat, berkesan dan berkualiti untuk pengguna di Malaysia.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang pertanyaan atau mendapati terdapat sebarang kegiatan yang meragukan dan disyaki menyalahi undang-undang berkaitan;

– Ubat-ubatan

– Kosmetik

– Iklan ubat atau perkhidmatan kesihatan

Bolehlah membuat aduan kepada Sistem Portal Aduan Awam (SisPAA) di laman sesawang http://moh.spab.gov.my

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau info terkini berkenaan ubat-ubatan, sila layari ke laman sesawang www.pharmacy.gov.my

Pastikan anda mendapat bekalan ubat yang sah. INGAT, TOLAK UBAT TIDAK SAH! Jangan lupa #tobats sekiranya anda menjumpai ubat tidak sah

**Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …