JANA PENDAPATAN DARIPADA MINYAK MASAK TERPAKAI

Melihat akan potensi minyak masak terpakai dalam menjana pendapatan, menjadi titik permulaan kepada bapa dua cahaya mata berkecimpung dalam menguruskan perniagaan minyak masak terpakai sejak enam tahun lalu di Seremban.  Mohd Hazim Mohd Mustazar 33, kemudiannya meneroka lebih lanjut potensi, kelebihan dan kepentingan bahan itu kepada komuniti khususnya dalam usaha melestarikan alam sekitar.

Dia yang kini menguruskan perniagaan berkenaan di Taman Tasik Jaya berkata, tidak menafikan minyak masak terpakai itu sebenarnya mempunyai nilai tersendiri dan boleh dikitar semula untuk dijadikan biodiesel, sebagai pengganti bahan api fosil yang lebih mesra alam. Dia menjalankan perniagaan ini pada tahun 2019 yang mana sehingga kini kesedaran orang ramai tentang minyak masak terpakai semakin meningkat dan bertambah. Mereka menjual kepadanya dan lazimnya mereka memperoleh (minyak masak terpakai) dari peniaga kedai makan, restoran, gerai-gerai makan, penduduk kampung dan taman di samping program-program kitar semula yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan lain-lain.

Sejak mengusahakan perniagaan tersebut, ia juga dapat membantu peniaga dan komuniti setempat menambah duit saku dengan menjual minyak masak terpakai. Daripada segi proses aktiviti pengumpulan minyak masak terpakai ini, pertama sekali kita akan mengumpulnya dahulu dengan membelinya daripada komuniti dan pihak terlibat sebelum disimpan di kilang. Dalam sebulan, dia mampu mengumpul sehingga 30 ke 40 tan maksimum, dan kemudian akan menghantar ke orang tengah iaitu peraih yang akan eksport ke luar negara. Pendapatan yang diterima amat memberangsangkan dan boleh menampung kos – kos berkaitan. Syarikatnya  juga mempunyai lesen Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Setiap pembelian harga minyak masak terpakai yang dikenakan akan mengikut kepada harga pasaran dan kebiasaannya pada anggaran harga RM 2 hingga RM3 per kilogram dan mengikut kuantiti.

Menurut Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan, Cairul Hisham Jalaluddin, pihaknya turut aktif memberi kesedaran mengenai inisiatif pengumpulan minyak masak terpakai sejak tahun 2022 menerusi penganjuran program ‘Trash To Cash’ yang dilaksanakan di sekolah, komuniti setempat dan Institut Pengajian Tinggi (IPT). Sejak Januari hingga September lalu, kutipan minyak masak terpakai berdasarkan data diperoleh adalah mencecah 13, 819 kilogram (kg). Pada peringkat awal data kutipan kita adalah sifar dan sejak aktif menerusi penganjuran program tersebut, telah menunjukkan peningkatan ketara dari segi bilangan kutipan.

Program ini (pengumpulan minyak masak terpakai) bukanlah suatu yang baharu tapi ia inisiatif yang sangat menggalakkan bagi menarik lebih ramai rakyat untuk kitar semula selain mendapat pendapatan sampingan. Beliau menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menjadikan amalan kitar semula minyak masak terpakai sebagai salah satu langkah bijak dalam menguruskan sisa.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut