LATIH AMAL FIELD TRAINING EXERCISE ARAHAN MKN NO.21 EX-MINANG 2024

SEREMBAN, 20 OKTOBER 2024 –       Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Hospital KPJ Seremban Specialist Hospital telah melaksanakan Latih Amal Field Training Exercise (FTX) EX-MINANG 2024. Latih amal ini merupakan satu bentuk eksesais lapangan yang julung-julung kali diadakan khususnya bagi menguji mekanisme dan prosedur jabatan/agensi serta KPJ untuk menangani isu berkaitan ketenteraman awam dan ancaman krisis keselamatan.

FTX ini melibatkan kerjasama strategik MKN dan tujuh (7) agensi/jabatan kerajaan khususnya di Daerah Seremban termasuk KPJ Seremban Specialist Hospital iaitu:

  1. Polis DiRaja Malaysia, Negeri Sembilan
  2. Angkatan Tentera Malaysia
  3. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sembilan
  4. Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
  5. Jabatan Penerangan, Negeri Sembilan
  6. Jabatan Kebajikan Masyarakat, Negeri Sembilan
  7. Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Negeri Sembilan

Pelaksanaan EX-MINANG 2024 melibatkan penyertaan lebih 600 pegawai, anggota dan kakitangan agensi/jabatan serta KPJ Seremban yang bertindak selaku peserta, penilai, dan pemerhati khusus untuk menguji dan menilai pelan, dasar dan prosedur pengurusan serta pengendalian situasi ancaman berdasarkan Arahan MKN No. 21: Pengurusan dan Pengendalian Situasi Ancaman Ketenteraman Awam serta Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) KPJ Seremban Specialist Hospital.

Latih amal FTX ini diharapkan mampu menjadi platform kepada agensi dan jabatan yang terlibat dalam mengendalikan situasi krisis dan ancaman ketenteraman awam untuk menguji tindak balas, penyelarasan organisasi, operasi taktikal dan komunikasi antara agensi/jabatan Latih amal EX-MINANG 2024 ini turut menjadi pemangkin kepada usaha meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap kemampuan agensi kerajaan dalam menangani krisis atau insiden yang berpotensi mengancam keselamatan negara dan menggugat ketenteraman awam.

Antara elemen simulasi yang diuji dalam latih amal ini adalah persediaan pasukan keselamatan dalam berhadapan dengan ancaman bom di premis hospital, situasi kebakaran yang disebabkan oleh letupan, pengendalian tumpahan bahan kimia merbahaya, pemindahan pesakit secara besar-besaran semasa krisis, pengurusan waris dan orang awam serta pengurusan media semasa krisis.

Diharapkan pelaksanaan latih amal ini dapat mempersiapkan pasukan keselamatan dan semua agensi kerajaan yang terlibat di Negeri Sembilan untuk berhadapan dengan sebarang ancaman keselamatan dalam keadaan siap siaga yang tertinggi khususnya apabila berhadapan dengan sebarang situasi ancaman ketenteraman awam yang boleh berlaku bila-bila masa.

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut