#ADDINAHAD: PERUMPAMAAN ORANG MUKMIN YANG MEMBACA AL-QURAN

Perumpamaan Orang Mukmin Yang Membaca al-Quran

Daripada Abi Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

“Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujah (limau sitrus), rasanya enak dan baunya wangi. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah Kurma, rasanya enak tetapi tidak berbau.”

Hadis ini menunjukkan bahawa seorang mukmin yang membaca al-Quran bukan sahaja membawa manfaat kepada dirinya (seperti rasa yang enak), tetapi juga memberi manfaat kepada orang lain di sekelilingnya (seperti bau yang wangi).

Sebaliknya, orang mukmin yang tidak membaca al-Quran tetap baik (seperti kurma yang rasanya manis), namun tidak memberi pengaruh yang sama pada orang lain kerana tiada “keharuman” yang tersebar.

Jom jadikan al-Quran sebagai teman setiamu setiap hari, bukan sekadar membaca, tapi merasai, memahami, dan menghidupkannya dalam jiwa.

 

Sumber: JAKIM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …