FAKTA PENTING
- Peningkatan Kelahiran: Kelahiran hidup meningkat 7.7% kepada 455,761 pada 2023 berbanding 423,124 pada 2022. Kembali kepada paras sebelum pandemik Covid-19.
- Bayi Lelaki dan Perempuan: Kelahiran bayi lelaki lebih tinggi (235,981) berbanding bayi perempuan (219,780).
- Kadar Kelahiran Kasar (CBR): Meningkat dari 12.9 (2022) kepada 13.6 kelahiran setiap 1,000 penduduk (2023).
- Kecuali Putrajaya: Semua negeri meningkat CBR, kecuali WP Putrajaya, yang turun dari 15.7 kepada 14.4.
- CBR Tertinggi dan Terendah: Terengganu mencatat CBR tertinggi (21.6), manakala WP Kuala Lumpur terendah (10.7).
- Kelahiran Mengikut Etnik: Etnik Melayu menyumbang 67% (305,494) kelahiran, dengan peningkatan etnik Cina (9.8%) dan India (4.4%).
- Kadar Kesuburan Jumlah (TFR): Meningkat dari 1.6 kepada 1.7 anak bagi setiap perempuan (15-49 tahun) pada 2023.
- Penurunan Kematian: Kematian menurun 4.7% kepada 196,965 pada 2023, dengan kadar kematian kasar (CDR) turun dari 6.3 kepada 5.9.
- Demografi Kematian: Kematian lelaki 112,293 (57%), perempuan 84,672 (43%). Kumpulan umur 70-74 tahun mencatat kematian tertinggi (24,516).
- Kematian Terendah: Kumpulan umur lima hingga sembilan tahun merekodkan bilangan terendah dengan 474 kematian.
Sumber: DOSM