KANAK-KANAK OKU HILANG KETIKA MANDI SUNGAI

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi SAR kaedah surface rescue di lokasi kejadian.

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak perempuan yang juga orang kelainan upaya (OKU) dikhuatiri lemas selepas terjun di sungai Kampung Lokub, Manggatal, dekat sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa kanak-kanak berusia 11 tahun dikatakan terjun dari atas jambatan untuk mandi-manda bersama rakan, sebelum hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima  panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.03 petang.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Sebaik tiba, pasukan bomba difahamkan mangsa menjalankan aktiviti mandi-manda bersama beberapa kanak-kanak lain, sebelum dia naik di atas jambatan dan terjun ke sungai.

“Namun, kanak-kanak terbabit didapati tidak timbul sebelum laporan MERS999 dibuat, katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba berada di lokasi kejadian mengambil maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dengan kaedah surface rescue.

“Setakat ini belum ada petunjuk mangsa ditemukan dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …