PROJEK BEKAL ELEKTRIK UNTUK SETINGGAN DIPERLUAS KE SEPANGGAR

KOTA KINABALU: Perlaksanaan projek Syarikat Pembekal Kuasa Bebas (IPD) akan diperluaskan ke beberapa kawasan penempatan setinggan di Sepanggar.

Ia berikutan kejayaan pelaksanaan projek yang mula diperkenalkan sejak Oktober tahun lalu di Kampung Forest, Sandakan, itu dilihat mampu mengatasi kerugian akibat gejala kecurian elektrik.

Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, projek IPD amat berkesan sehingga masalah gangguan bekalan elektrik, vandalisme dan kualiti voltan rendah ekoran daripada isu penyambungan haram.

Katanya, projek IPD yang dilaksanakan di Kampung Forest, Sandakan, mencatat penjimatan mencecah RM327,000 melibatkan penggunaan 974 meter dengan bil terkini sebanyak RM36,000.

“Sejak dilaksanakan, projek IPD ini mencatat 974 pengguna di Kampung Forest, Sandakan dengan bil terkini sebanyak RM36,000 dan merekodkan penjimatan kos sehingga mencecah RM327,000.

“Jumlah ini membuktikan projek IPD amat berkesan dan penyelesaian kepada isu penyambungan haram yang amat merugikan SESB kerana tidak dapat mengutip hasil penggunaan elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada program SESB Vendor Day 2024, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SESB Mohd Yaakob Jaafar.

Madius berkata, projek IPD ini akan dilaksanakan di kawasan penempatan yang sudah dikenal pasti antaranya Kampung Numbak, Kg Delima, Kg Suang Parai dan Kg Lokub di Sepanggar.

“Buat masa ini kita sedang mengenal pasti perihal kos dan jumlah keseluruhan yang diperlukan, sebaik data diperoleh projek ini akan mula dilaksana sekurang-kurangnya menjelang awal tahun hadapan.

“Terdapat sekurang-kurangnya 300 penempatan setinggan di Sabah dan SESB merancang untuk melaksanakan enam projek IPD setiap tahun dalam usaha mengurangkan kejadian gangguan dan kecurian bekalan elektrik di kawasan terbabit,” katanya.

Madius berkata, SESB sentiasa komited dalam menerapkan prinsip Environmental, Social, and Governance (ESG) dalam semua aspek operasi.

Katanya, ia juga adalah salah satu inisiatif penting bagi menyokong usaha kerajaan dalam memperkasa industri tempatan serta memastikan bekalan tenaga yang mampan dan berdaya tahan.

“Kita tidak boleh lari daripada cabaran yang dihadapi industri tenaga, terutamanya masalah sambungan haram yang menjadi ancaman besar kerana ktiviti ini bukan sahaja menjejaskan kewangan SESB, tetapi lebih penting lagi, ia menimbulkan risiko keselamatan kepada masyarakat,” katanya

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  INFO X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …