KPDN KELANTAN SITA LEBIH 100 JAKET GUNA CAP DAGANG BERDAFTAR TANPA KEBENARAN

16 Oktober : Satu operasi serbuan bersepadu telah dijalankan bersama pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan serta wakil pemilik hak cipta di sebuah kedai pakaian di Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.
Operasi yang bermula pada jam 10:00 pagi itu berjaya membongkar aktiviti penjualan barangan tiruan melibatkan penggunaan cap dagang berdaftar tanpa kebenaran.
Sebanyak 131 helai jaket pelbagai saiz yang disyaki dipakaikan cap dagangan jenama terkenal telah disita, dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM4,585.00.
Serbuan ini dilakukan susulan aduan yang diterima daripada pemilik cap dagang mengenai aktiviti penjualan jaket tiruan secara atas talian secara berleluasa.
Pemilik premis, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 atas kesalahan memiliki dan menggunakan cap dagangan berdaftar untuk tujuan perdagangan tanpa kebenaran.

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut