DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Program ini bertujuan untuk menerangkan konsep dan peranan AMANITA terutamanya kepada golongan wanita serta menggalakkan wanita atau suri rumah untuk memberikan maklumat berkaitan scammer, rogol, curi, samun, pecah rumah dan lain-lain termasuk aktiviti-aktiviti yang mencurigakan dikawasan kejiranan. Diingatkan juga bahawa gandingan dari pelbagai pihak dapat menjalinkan kerjasama dan permuafakatan bagi menjayakan sesuatu program PDRM terutamanya dalam pencegahan jenayah.
Memperkenalkan aplikasi QR Code berkaitan Risalah Digital yang mengandungi maklumat jenayah dan juga QR Kajian Keberkesanan Amanita untuk menilai keberkesanan dalam penugasan Amanita serta memperkenalkan Taman Angkat yang berada di bawah pentadbiran IPD Barat Daya. Selain itu juga, turut diedarkan nombor telefon rasmi PDRM terutamanya balai-balai di bawah pentadbiran IPD Barat Daya dan juga IPK Pulau Pinang.
Sumber : Ibu pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484