TEATER TOK JANGGUT 13 LIANG

Teater “Tok Janggut 13 Liang” akan dipentaskan di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kubang Kerian, Kelantan selama dua hari mulai 18 Oktober.

Ia merupakan kerjasama strategik Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur.

Pementasan ini bertujuan untuk mengangkat karya agung mengenai tokoh perjuangan tempatan, HAJI MAT HASSAN BIN PANGLIMA MAT MUNAS atau lebih dikenali sebagai TOK JANGGUT yang melawan penjajahan Inggeris pada awal 1900-an.

Pementasan ini dijayakan oleh barisan pelakon lelaki sahaja selain akan menampilkan gabungan elemen tradisi seperti silat dan wayang kulit, serta pelakon popular seperti Dato’ Hilal Azman dan Hasnul Rahmat, di bawah arahan Jihan Meghaa Ismail.

 

Sumber: Sinar Harian; JKKN Kelantan, Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …