SISA KIMIA DITEMUI DIBUANG DI BUKIT PELANDUK

Pembuangan sisa kimia yang dipercayai cat dan minyak ditemukan di kawasan Bukit Pelanduk di sini pada Isnin. Menurut Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan, aduan awal mengenai kejadian itu diterima oleh Unit Aduan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) pada jam 4.30 petang melalui aplikasi WhatsApp.

Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat lebih kurang 70 hingga 100 tong berkapasiti 210 liter dan lebih kurang 50 tangki IBC berkapasiti 1,000 liter. Kawasan pembuangan terletak jauh dari pandangan umum selain terlindung di sebalik dinding yang menghalangnya daripada dilihat dari jalan raya. Kandungan dalam tong-tong tersebut dipercayai merupakan sisa cat terpakai, manakala tangki IBC pula mengandungi bahan yang dipercayai minyak. Keadaan ini menjadi lebih mencurigakan kerana tiada label pada bekas-bekas berkenaan, dipercayai telah ditanggal bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

JASNS telah mengambil langkah proaktif dengan membuat persampelan kandungan yang akan dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa secara lebih terperinci. Sebagai tambahan, laporan polis telah dibuat bagi tujuan pemberitahuan dan pemantauan yang lebih tepat oleh pihak berkuasa. JASNS seterusnya akan menjalankan carian pemilik tanah melalui Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson untuk membantu dalam siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

Tindakan perundangan yang sewajarnya berdasarkan peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti pencemaran ini. JASNS menyeru orang awam agar memberikan kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti pembuangan sisa haram yang mereka saksikan bagi membanteras amalan tidak bertanggungjawab ini demi memelihara kelestarian alam sekitar.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …