RIADAH DI TAMAN BOTANI PERDANA, KL

 

Taman Botani Perdana terletak bersebelahan dengan Tugu Negara, Padang Merbuk, Bukit Aman, Taman Burung Kuala Lumpur, adalah antara destinasi popular setiap hari lebih-lebih lagi hujung minggu. Kawasan sekitarnya dijaga dengan rapi dengan pelbagai spesis pokok hiasan. Trek joging, Bamboo Playhouse, Panggung Anniversari, gelanggang permainan dan lain-lain ada disediakan di sini.

Di dalam Taman Botani Perdana KL juga ada Taman Rusa dan ia adalah percuma! Selain dari itu ada perkhidmatan trem setiap hari dan ia boleh dinaiki oleh semua peringkat umur dengan bayaran yang sangat minima dan murah. Antara tarikan lain di sekitar taman ini antaranya, termasuklah Taman Burung KL, Masjid Negara, Taman Rama-Rama, Taman Rusa, Taman Bunga Raya dan Orkid, Muzium Kesenian Islam, Planetarium Negara dan Memorial Tun Abdul Razak.

JOM BERIADAH!

 

 

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut