30 PATI DITAHAN DALAM OPS BERSEPADU JIM KELANTAN

Pada 10 Oktober 2024, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan telah mengadakan Operasi Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Daerah Ketereh (MDKPI) untuk membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Operasi yang melibatkan 58 pegawai ini dijalankan di sekitar Kok Lanas dan Melor, bermula jam 6.00 petang.

Hasil pemeriksaan terhadap 79 warga asing, 30 orang telah ditahan kerana pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Kesemua yang ditahan telah dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut.

JIM menggesa orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti warga asing yang melanggar undang-undang, dan menyatakan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang terlibat dalam perlindungan PATI.

Sumber: JIM Kelantan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …