RUGI RM280,000 DITIPU ‘INSPEKTOR YONG’ DAN ‘DATUK CHIN’

Seorang eksekutif wanita kerugian RM280,000 selepas menjadi mangsa penipuan menerusi panggilan telefon.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, wanita  berusia 32 tahun itu dihubungi lelaki mendakwa pegawai polis dikenali ‘Inspektor Yong’ semalam yang memaklumkan mangsa terbabit dengan dua kes sewa kad bank dan pengubahan wang haram. Mangsa menafikan dakwaan itu sebelum panggilannya disambung kepada ‘pegawai polis’ bernama ‘Datuk Chin’ yang mendakwa dari IPK Melaka.

Mangsa diberitahu polis menemui 200 kad pengenalan dan satu kad pengenalan milik wanita itu di sebuah premis. Mangsa bagaimanapun menafikan sebelum diminta oleh Datuk Chin supaya memindahkan semua wang dalam akaun mangsa bagi menjalankan siasatan kewangan. Mangsa dimaklumkan pemindahan wang itu bertujuan membolehkan audit dijalankan dan memastikan wang wanita itu sah dan tidak terbabit dengan pengubahan wang haram.  Mangsa yang mempercayai perkara itu melakukan pemindahan wang RM280,000 ke dalam enam akaun bank berbeza.

Selepas pemindahan dibuat, katanya, mangsa masih diganggu termasuk diminta membuat bayaran tambahan tetapi enggan berbuat demikian. Mangsa yang curiga kemudian membuat panggilan ke IPK Melaka sebelum dimaklumkan menjadi mangsa penipuan. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Bahau dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …