SITUASI SEMASA KES DEMAM DENGGI NEGERI TERENGGANU SEHINGGA MINGGU 40/2024

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah berkongsi situasi semasa kes demam denggi sehingga ME 40 Tahun 2024. Sebanyak 184 kes dilaporkan berlaku berbanding hanya sebanyak 231 bagi tempoh yang sama tahun 2023 dimana menunjukkan penurunan sebanyak 20.34 %.

Gejala demam denggi:

  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke 3 hingga ke 14 selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi
  • Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam
  • Muntah dan kurang selera makan

Bertindak hapuskan punca pembiakan Aedes & dapatkan rawatan awal demam denggi.

Sumber: JKNT

Artikel/Berita Terkini

MONSUN TIMUR LAUT

Tahukah anda? Musim Monsun Timur Laut lazimnya berlaku bermula bulan November hingga Mac setiap tahun dengan tiupan angin dari arah …

PATRIOTISME DI ERA SIBER

Mempertahankan negara bukan sahaja di medan nyata, tetapi juga di ruang digital. Setiap klik, perkongsian dan tindakan kita membawa tanggungjawab …

ANCAMAN SIBER: BERSATU MEMPERTAHANKAN KESELAMATAN NEGARA!

Ancaman siber bukan sekadar penggodaman akaun, penipuan dalam talian atau kecurian data. Serangan siber berpotensi mengakibatkan kerugian kewangan, kelumpuhan sistem …