RANTAU PANJANG: REMAJA DITAHAN BERSAMA 20,000 PIL YABA

Seorang remaja lelaki dicekup polis bersama 20,000 biji pil yaba bernilai RM180,000 di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang pada 26 September 2024 (Khamis).

Dalam serbuan jam 4.15 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan telah menahan suspek berusia 18 tahun di tepi jalan hadapan sebuah pasar raya di sini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan remaja terbabit direman selama tujuh hari bermula Jumaat (27 September 2024) hingga Khamis (3 Oktober 2024).

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …