GISBH: NEGERI SEMBILAN AMBIL TINDAKAN SELEPAS DAPAT KEPUTUSAN PIHAK BERWAJIB

Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang perkara berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini selepas mendapat keputusan daripada pihak berwajib.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, ketika ini kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada pihak berkuasa termasuk polis, jabatan agama negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk tindakan susulan.

Kerajaan negeri akan melihat tindakan di pihak berwajib, Majlis Bandaraya Seremban hanya akan bertindak jika ada keputusan daripada mahkamah atau memang ada kacau ganggu kepada keadaan bandar raya, jika tidak, pihaknya tidak mengambil tindakan.

Polis Diraja Malaysia melancarkan Op Global pada 11 Sept lepas dengan menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH susulan dakwaan penglibatan dalam aktiviti eksploitasi kanak-kanak dan penyalahgunaan agama. Sejak Op Global bermula lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan dan 572 mangsa berjaya diselamatkan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut