PROGRAM DISKUSI PERPADUAN: CHIT CHAT BELIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2024

Tarikh: 29 September 2024

Tempat: IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu

Program Diskusi Perpaduan : Chit Chat Belia adalah salah satu program di bawah Semarak Kenegaraan yang merupakan salah satu kluster dalam Kembara Perpaduan Malaysia Madani. Inisiatif ini juga seiring dengan makluman Nota Jemaah Menteri bertarikh 6 Januari 2021 yang menggalakkan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan NGO bagi tujuan menyemarakkan usaha memperkukuh pendidikan penghayatan Rukun Negara dalam kalangan mahasiswa. Sehubungan itu JPNIN Terengganu bersama-sama IPG Kampus Sultan Mizan, Besut dengan kolaborasi Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu memganjurkan Program Diskusi Perpaduan: Chit Chat Belia Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2024 yang bertemakan ” Perpaduan Negara: Gelora atau Damai”.

Seramai hampir 400 orang peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar IPG,Sekretariat Rukun Tetangga (SRN) dan juga ahli Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Daerah Besut. Program ini dimulakan dengan sesi forum yang melibatkan 3 orang panel dari pelbagai latar belakang. Panel-panel yang dijemput khas ialah YDH. CP Dato’ Hj. Baharuddin bin Hj. Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) Majlis Keselamatan Negara, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Sivamurugan Pandian,Profesor di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia dan YBrs. Mohd Izham bin Ahmad,Bendahari Kehormat Majlis Belia Malaysia,Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Terengganu. Perkongsian yang disampaikan telah menyentuh mengenaiΒ  konsep perpaduan yang diimpikan selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963 serta peranan Majlis Keselamatan Negara sebagai agensi utama yang bertindak mengurus dan mengkoordinasi setiap dasar keselamatan negara.

Sesi forum juga menyentuh mengenai isu dan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam memastikan negara kekal berdaulat dan sejahtera selain isu-isu dari media sosial yang berkeupayaan mempengaruhi pemikiran generasi pasca merdeka ke arah pemikiran yang boleh menggugat perpaduan antara kaum.

Sesi forum berlangsung dengan sangat baik yang melibatkan 3 pusingan bagi setiap panel. Para peserta juga tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan kepada ahli panel yang menyentuh nilai ketiga dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu kesepaduan nasional. Program juga dimeriahkan dengan kuiz interaktif Kahoot, persembahan sajak dan koir daripada pelajar IPG Kampus Sultan Mizan, Besut.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut