Penghargaan Bermakna
Hujung minggu ni, masa terbaik untuk hargai mereka yang kita sayangi. Kadang-kadang dalam kesibukan harian, kita terlupa nak beri penghargaan untuk usaha yang nampak kecil, tapi sebenarnya besar maknanya. Cuba luangkan sedikit masa hari ini, dan sampaikan pesanan yang mudah tapi penuh makna.
Tak kira sebesar mana pun cabaran yang dihadapi, sokongan dan kata-kata semangat dari kita boleh buat mereka rasa dihargai. Jadi, jom duduk santai, luangkan masa bersama, dan terus berikan sokongan pada yang tersayang. Hujung minggu ni bukan sekadar untuk rehat. Ia masa untuk perkuat hubungan dan kasih sayang.
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.#dadahterkawal2025 #TakPayahTakNak #LebihBaikCegah
Sumber: AADK Kelantan



