MUDIR, TIMBALAN MUDIR MADRASAH DI REMBAU DITAHAN CUBA HIDUPKAN AJARAN SESAT

Seorang mudir dan timbalan mudir sebuah madrasah di Rembau dipercayai mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia(JHEAINS) pada Rabu. Kedua-dua lelaki masing-masing berusia 46 dan 54 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut selepas didapati cuba menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah yang telah difatwakan sesat oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Menurut Pengarah JHEAINS, Mohd Asri Abdullah, kedua-dua mereka ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Rembau pada jam 3 petang.Mereka kali pertama ditahan pada 21 September lalu oleh pihak polis dalam Ops Global yang dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS. Namun pada 25 September (Rabu), mereka telah ditahan semula oleh JHEAINS untuk siasatan lanjut berkaitan pengoperasian sekolah agama tanpa kebenaran di Kampung Senama Hilir di Rembau.

Ketika soal siasat dijalankan terhadap kedua-dua suspek, mereka didapati cuba menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah. JHEAINS telah membuat permohonan bon jaminan di Mahkamah Rendah Syariah Sendayan bagi tujuan melengkapkan kertas siasatan sekali gus memastikan mereka hadir pada tarikh sebutan, 12 November ini. Mahkamah memutuskan mudir madrasah yang disiasat di bawah Seksyen 22 Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Negeri Sembilan) 1996 dilepaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 serta seorang penjamin warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sembilan.

Timbalan mudir yang turut disiasat di bawah Seksyen 52 dan Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992(pindaan 2019) dilepaskan dengan jaminan mahkamah keseluruhan RM3,500.  Mereka juga dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri kepada Ketua Penguatkuasa Agama Rembau setiap 1 hari bulan setiap bulan serta tidak dibenarkan mengganggu saksi-saksi kes.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …