PGA KELANTAN RAMPAS DIESEL BERNILAI LEBIH RM200 RIBU

Pada 24 September 2024, Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak diesel di Simpang Tiga Kampung Geting, Tumpat, Kelantan.

Serbuan dilakukan pada jam empat petang semasa operasi Op Taring Palma, di mana 4000 liter minyak

diesel ditemui sedang dipindahkan dari lori tangki ke lori Isuzu untuk diseludup ke Thailand.

Dua lelaki tempatan berusia 47 dan 30 tahun dari Tumpat ditahan.

Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM202,685 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …