MBS SITA PERALATAN PERNIAGAAN PREMIS GISBH

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengeluarkan 24 notis kompaun dan menyita peralatan perniagaan di tiga premis dipercayai mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di sini, pada Selasa.

Menurut Setiausaha MBS, Mas Midyawan Yahya, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan lanjut mendapati premis berkenaan melakukan beberapa kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen. Daripada enam premis, hanya satu yang mempunyai lesen manakala satu lagi beroperasi dengan lesen tamat tempoh. Ketika pemeriksaan dilakukan, kesemua premis tidak beroperasi dan rekod pemeriksaan sebelum ini mendapati satu daripadanya mempunyai lesen perniagaan yang sah, satu premis dengan lesen tamat tempoh dan empat premis lagi tidak berlesen.

Antara kesalahan dilakukan ialah membuat halangan di tempat awam dengan meletakkan barang perniagaan di kaki lima awam, ubah suai premis tanpa kebenaran dan pemasangan awning tanpa permit.  Berdasarkan rekod MBS, premis yang tidak berlesen telah membuat permohonan lesen perniagaan sebelum ini, namun ditolak. Ia selepas pihaknya mendapati premis tidak memenuhi syarat-syarat ditetapkan, malah turut pernah dikenakan kompaun sebelum ini atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran.

Barang-barang perniagaan operator premis ini akan di sita dan hanya akan dikembalikan selepas mereka mematuhi syarat-syarat ditetapkan. Tindakan penguatkuasaan seumpama ini bukannya kepada syarikat tertentu saja, tetapi kepada semua peniaga dan kita berharap semuanya mematuhi peraturan serta undang-undang ditetapkan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …