BLOK BANGUNAN SK ST PETER, KUDAT TERBAKAR

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.

KUDAT: Sebuah blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) St Peter, di sini musnah dalam kebakaran, pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Penolong Penguasa Bomba, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.58 pagi.

Katanya, seramai 10 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sebelum tiba tiga minit kemudian.

“Sebaik tiba, kebakaran membabitkan sebuah blok bangunan sekolah jenis separuh kekal terbakar.

“Pasukan bomba sedang menjalankan operasi pemadaman,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan blok bangunan yang terbakar itu tidak digunakan untuk murid.

“Setakat ini operasi masih dijalankan dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …