KTS PLANTATION-UMS, PERKUKUH KERJASAMA PINTAR PENGURUSAN HUTAN LESTARI

MOA: KTSP yang diwakili oleh Ting Jack Hui (duduk, dua kanan) dan Wong Kee Mee (duduk kanan) bersama Kasim (duduk, dua kiri) dan Luqman (duduk kiri) menandatangani MoA sempena majlis itu.

KOTA KINABALU: Syarikat KTS Plantation Sdn Bhd (KTSP) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) buat kali kedua dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi memperkukuh kerjasama pintar dalam pengurusan hutan secara lestari.

Kerjasama pintar kedua-dua pihak menerusi MoA berkenaan dimulakan selepas penubuhan kerusi akademik oleh KTSP di bawah nama Kursi Pengurusan Hutan Asli Lestari di Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) UMS.

Pengarah KTSP Diana Lau Kor Ping berkata, penubuhan kerusi akademik di UMS selaras dengan dasar hutan negeri dan visi KTSP untuk mengurus Unit Pengurusan Hutan (FMU) 19B Segaliud Lokan di Sandakan secara lestari.

Katanya, antara fokus kajian Kursi Pengurusan Hutan Asli Lestari adalah pengenalan kepada teknologi penderiaan jauh dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) di peringkat landskap untuk meningkatkan perancangan hutan sedia ada.

Menurutnya, usaha itu juga melibatkan pemulihan hutan yang menjadi komponen utama dalam penyelidikan.

Pada masa sama, pihaknya menyifatkan bidang penyelidikan berkenaan adalah kritikal untuk mencapai objektif jangka panjang pengurusan hutan lestari di Hutan Simpanan Segaliud Lokan.

KERJASAMA: Ting Jack Hui (tengah), Wong Kee Mee (tiga kanan)bersama Kasim (tiga kiri) dan tetamu jemputan lain selepas acara menandatangani MoA di antara UMS dan KTS Plantation Sdn Bhd.

“Melalui sinergi antara institusi penyelidikan dan industri perhutanan, yang diwakili oleh UMS dan KTSP, kita yakin ini adalah strategi inovatif dalam memanfaatkan potensi impak yang kompetitif daripada kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Menandatangani MoA UMS-KTSP di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah KTSP Sdn Bhd Ting Jack Hui.

Pada majlis itu, UMS diwakili oleh Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor dan Pendaftar UMS Luqman Ridha Anwar manakala, KTSP diwakili oleh Ting dan Pengarah KTSP Wong Kee Mee.

Dalam pada itu katanya, KTSP sebelum ini pernah menerima Anugerah Kepimpinan dalam Kelestarian MTCC pada 2019 dan Anugerah SFM MTC pada 2021.

“Kami percaya, kerjasama penyelidikan pintar antara Jabatan Perhutanan Sabah, UMS dan KTSP sejak 2016 menjadi salah satu faktor utama dalam mencapai anugerah berprestij ini.

“Pihak KTSP turut yakin hasil daripada program penyelidikan di bawah Kursi Pengurusan Hutan Asli Lestari UMS akan meningkatkan prestasi Pengurusan Hutan Lestari kami dalam mengurus hutan semula jadi ke tahap yang lebih tinggi,” jelasnya.

Sementara itu, Kasim dalam ucapannya berkata, MoA yang dimeterai pada majlis itu adalah simbol visi, dedikasi, dan tekad untuk memajukan matlamat bersama dalam penyelidikan dan pembangunan yang menyokong pengurusan hutan lestari.

Menurutnya, kerjasama itu juga akan memanfaatkan dan menggabungkan keupayaan akademik dan penyelidikan UMS dengan kekuatan keusahawanan serta kewangan KTSP dalam menghasilkan hasil penyelidikan yang akan memberi manfaat kepada sektor perhutanan.

“Kerjasama ini adalah bukti kekuatan kolaborasi antara pihak akademi dan industri.

“Ia menekankan kepentingan kerjasama untuk merapatkan jurang antara pengetahuan teori dan aplikasi secara praktikal,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Konservator Hutan Jabatan Perhutanan Sabah Indra Purwandita H. Sunjoto, dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) FPT UMS Dr. Wilson Wong Vui Chiong.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut