KELANTAN STARTUP (KSTART) TAWAR GERAN PERNIAGAAN RM200 RIBU UNTUK ANAK MUDA

Kerajaan Negeri Kelantan, melalui Portfolio Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, menyediakan dana geran hingga RM200,000 untuk anak muda memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Untuk layak menerima geran, pemohon perlu mendaftar di bawah program Kelantan Startup (KSTART) dan menghadiri bengkel keusahawanan. Selepas bengkel, peserta perlu membentang kertas kerja kepada juri untuk penilaian.

Geran akan diberikan kepada pemenang dengan hadiah RM50,000 untuk tempat pertama, RM30,000 untuk kedua, RM20,000 untuk ketiga, dan 10 saguhati RM10,000 setiap satu.

Program terbuka kepada individu dan syarikat, dengan syarat tertentu untuk setiap kategori.

Permohonan boleh dibuat di Kelantanstartup.com, dengan tarikh tutup pendaftaran pada 26 September dan program KSTART berlangsung pada 4 hingga 5 Oktober.

 

Sumber: UPKN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …