PGA KELANTAN RAMPAS BARANG RUNCIT BERNILAI RM19 RIBU

Pada 23 September 2024, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan barang runcit di pengkalan haram Syed Deraman, Jeram Perdah, Kelantan.

Rampasan dilakukan pada jam satu petang selepas pasukan PGA melihat beberapa lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa rondaan Operasi Taring Wawasan.

Apabila pasukan tiba, semua suspek melarikan diri, tetapi beberapa kotak barang runcit ditemui, dipercayai untuk diseludup ke pasaran tempatan.

Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM 19,000.00 dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983. Barang rampasan diserahkan kepada Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …