SIFAR KFR, PENCERBOHAN MISI UTAMA ESSCOM

PELANCARAN: Victor, Dr Jamaluddin ketika hadir melancarkan penjenamaan logo dan bendera ESSCOM dan peta ESSZONE.

LAHAD DATU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) meletakkan tiada lagi pencerobohan kali kedua dan sifar penculikan atau Kidnap For Ransom (KFR) sebagai dua misi utamanya.

Terdahulu, Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos melancarkan logo dan bendera ESSCOM serta peta Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang baharu, di sini, semalam.

Victor berharap penjenamaan ini dapat menyemarakkan lagi semangat warga ESSCOM bagi merealisasikan dua misi utama itu seterusnya menjadikan ESSZONE sebagai tempat yang selamat dan sejahtera.

Katanya, justifikasi penjenamaan ESSCOM dan ESSZONE itu penting bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan di ESSZONE bertujuan membangunkan sosio ekonomi di pantai timur Sabah.

“Justeru, saya memohon kerjasama penuh dan bantuan daripada rakan-rakan media supaya membantu ESSCOM mewar-warkan perkara ini dal demi mencapai hasrat memajukan pantai Timur Sabah,”katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr Jamaluddin Mohd Ali turut menyeru warga ESSCOM menghayati nilai dua akronim yang diperkenalkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar iaitu Merdeka dan Malaysia dalam penugasan seharian.

Penjenamaan itu telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama ESSZONE dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada 25 Julai 2024 yang lalu.

Pada majlis sama yang dihadiri oleh 130 warga ESSCOM ini, turut diadakan pelancaran sistem e-Keanggotaan ESSCOM dan e-Demografi ESS Zone secara ‘in-house’ bertujuan memudahkan urusan kerja seharian warga ESSCOM.

Pewujudan sistem ini didasari oleh penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau AI dan hasrat ESSCOM bukan sahaja untuk dikenali sebagai pusat keselamatan di pantai Timur Sabah tetapi juga sebagai pusat maklumat di ESSZONE.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …