PERTINGKAT MODUL LATIHAN PEMIMPIN PELAJAR DI UNIVERSITI

UNIVERSITI awam (UA) komited melestarikan pemerkasaan dan pembangunan sahsiah organisasi pelajar melalui program di peringkat universiti, kolej kediaman, fakulti serta kelab dan persatuan. Pembangunan sahsiah pelajar antara aspek utama petunjuk universiti yang dapat dibentuk melalui pelbagai wadah.

Iltizam kepelbagaian wadah ini dibantu barisan kepemimpinan pelajar universiti merangkumi majlis perwakilan pelajar (MPP), majlis perwakilan kolej, persatuan mahasiswa fakulti, majlis pelajar luar kampus, kelab dan persatuan. Bagi mengelakkan organisasi dalam universiti bergerak berasingan dan bersifat persaingan, penganjuran kem kepemimpinan pelajar bersepadu perlu dianjur secara holisitik agar mereka mengutamakan semangat unversiti berbanding kolej , fakulti atau persatuan dan kelab.

Sumbangan dan pengorbanan mengetuai kepemimpinan organisasi wajar dihargai kerana sanggup mengambil risiko pembahagian masa ketat antara tuntutan belajar dengan mengetuai kepemimpinan pelajar. Sebagai badan perwakilan pelajar, mereka akan memastikan suara pelajar didengari dalam setiap keputusan penting di universiti, selain mewakili suara golongan itu dalam pembangunan, kebudayaan, kesejahteraan dan kepentingan pelajar di universiti.

Pengurusan universiti dan pemimpin pelajar juga berfungsi melahirkan siswazah berdaya tahan, menginspirasikan pemikiran MADANI berteraskan kepemimpinan dan memperkasa kemahiran pemimpin.

Bagi membentuk generasi kepemimpinan pelajar berkualiti tinggi, mereka perlu merealisasikan hasrat dan aspirasi universiti dalam pemerkasaan serta sahsiah pelajar kepada seluruh rakan mereka. Justeru, universiti melalui pengurusan entiti hal ehwal pelajar perlu membantu mempersiapkan pemimpin pelajar dengan kemahiran pemantapan organisasi agar lebih bersistematik dalam pertubuhan, pengoperasian dan tadbir urus kesatuan mahasiswa, mengukuhkan semangat kerjasama, memupuk semangat patriotisme serta perpaduan.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …